Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Bandar Tenggara adalah sebuah petempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor, Malaysia. Bandar Tenggara terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi, dan Bandar Kluang.

Bandar Tenggara mula diwujudkan sekitar tahun 1972 dengan penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah rumah. Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara(KEJORA) Bandar Tenggara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BRITISH COUNCIL GRAMMAR TEST

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2023

Tujuan program dijalankan adalah untuk mengisi masa cuti sekolah pengunjung dengan aktiviti berfaedah berbentuk akademik..................baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR DIDIK RAKYAT SPM 2023

Aktiviti Terkini | 19 November 2023

Tujuan program dijalankan adalah membantu pelajar membuat persiapan awal menduduki peperiksaan awam terutamanya yang melibatkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan yang mencabar.................baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH KULAI 2023

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2023

Tujuan program dijalankan adalah meningkatkan tahap patriotik dalam diri murid-murid tentang sejarah Malaysia................baca selanjutnya

PROGRAM HARI KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 September 2023

Tujuan program dijalankan adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi...............baca selanjutnya

KURSUS VIDEO EDITING

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2023

Memastikan para pelajar dapat menguasai Asas Penyuntingan Video bagi menghasilkan tugasan pelajar..............baca selanjutnya

KURSUS ASAS SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 21 & 22 Julai 2023

Memastikan para pelajar dapat menguasai asas sketchup.n.............baca selanjutnya

PROGRAM ” MEJA BANTUAN @ HELPDESK” PENEMPATAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI BAGI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STPM.

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2023

Memastikan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM mendapat bantuan dan bimbingan daripada guru kaunseling yang berpengalaman.............baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Menjalin kerjasama bersama agensi luar............baca selanjutnya

PROGRAM MEMBUAT BISKUT RAYA BERSAMA USAHAWAN PEDi

Aktiviti Terkini | 7 April 2023

Menjalin kerjasama bersama agensi luar............baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK & EXPLORACE KDB

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kebaikan atau keburukan dalam media sosial............baca selanjutnya

PROGRAM JOM MASUK U DUN PANTI 2023

Aktiviti Terkini | 17 & 18 Februari 2023

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar khususnya bagi lepasan STPM/STAM/SPM untuk melihat hala tuju pelajar bagi menyambung pelajaran...........baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SMK SEMENCHU

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2023

Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya