PROGRAM SEMINAR DIDIK RAKYAT SPM 2023
Aktiviti terkini | 19 November 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Seri Tun Habab, SMK Tun Habab.
Nama VIP :
• Ybhg Dato’ Sri Dr Adham bin Baba (Ketua UMNO Bahagian Tenggara).
• Encik Noor Azam bin Yusoff (Timbalan Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah Kota Tinggi)
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Sayong Pinang dengan kolaborasi pihak Didik Rakyat akan menjalankan Seminar Didik Rakyat (dahulunya dikenali sebagai Skor A) untuk membantu pelajar-pelajar SMK Tun Habab, Kota Tinggi membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2023.
• Seminar Didik Rakyat adalah sebuah inisiatif bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Cawangan Bank Rakyat bertujuan demi memberikan beberapa tip dan cara menjawab soalan sebagai persediaan kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
• Tujuan program dijalankan adalah membantu pelajar membuat persiapan awal menduduki peperiksaan awam terutamanya yang melibatkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan yang mencabar.
• Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai tips dan panduan untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang akan disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dicadangkan oleh pihak PPD.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
• 7:30 pagi- Pendaftaran Pelajar (Edaran Flyers Anti Scam oleh PEDi)
• 8:00 pagi- Seminar 1 (Sejarah)
• 10:00 pagi- Majlis Perasmian.
• 10:30 pagi- Minum Pagi
• 11:00 pagi- Seminar 2 (Bahasa Inggeris)
• 1:00 petang- Rehat/Solat
• 2:00 petang- Seminar 3 (Matematik)
• 4:30 petang- Tamat.
Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan awam dengan pecutan terakhir dalam program seminar ini.
• Mempromosikan PEDi kepada pelajar tentang perkhidmatan yang disediakan di PEDi disamping mengedarkan flyers anti scam kepada para pelajar dan guru-guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :