Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Bandar Tenggara adalah sebuah petempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor, Malaysia. Bandar Tenggara terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi, dan Bandar Kluang.

Bandar Tenggara mula diwujudkan sekitar tahun 1972 dengan penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah rumah. Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara(KEJORA) Bandar Tenggara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya

Bengkel E - Usahawan

Aktiviti Terkini | 4 - 6 Disember 2017

Objektif jangka panjang program eusahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk... baca selanjutnya

Perasmian PI1M Taman Ilham

Aktiviti Terkini | 4 November 2017

Bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M... baca selanjutnya

Program Persijilan Kemahiran(DKM)

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Program Persijilan Kemahiran Malaysia Jabatan Pembangunan Kemahiran ( Jpk ) Tajaan Psmb Di Bawah Selian Limpah Ilham Sdn.Bhd... baca selanjutnya

Kelas Literasi ICT & KDB

Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2017

Kursus Microsoft Office Ini Terbuka Kepada Kepada Pelajar Sekolah Kebangsaan Terutama Pada Mereka Yang Baru Kepada Kemahiran Komputer... baca selanjutnya

Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2017

Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan... baca selanjutnya

Klik dengan Bijak(E-LEARNING & SMART FOKUS)

Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2017

Bertujuan untuk mengeratkan Hubungan Antara Pi1m Dengan Komuniti Setempat, untuk Memotivasikan Pelajar Yang Hendak Ambil UPSR dan Menguasai Teknik Menguatkn Ingatan( Memory Power )... baca selanjutnya

Kelas ICT 3D(Sek. Keb. F Pengeli Timur)

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2017

Mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat(pelajar), sebagai pendidik (PI1M), ada baiknya kita mengambil kesempatan dalam mengguna pakai teknologi ini untuk menarik minat pelajar, belajar di dalam kelas... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Sayong Pinang

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Majlis Perasmian dan Sambutan Hari Raya PI1M Taman Sayong Pinang. Sukaneka diadakan pada sebelah pagi, dan Majlis Perasmian serta Sambutan Hari Raya diadakan pada sebelah petang majlis... baca selanjutnya

Program Jalinan Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan Persatuan NGO, Korporat dan penduduk setempat dan menambah nilai ilmu berkaitan kesedaran penggunaan ICT dan perbankan online secara bijak kepada orang ramai... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Perasmian Penutup Hari Mesra Komuniti Bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara

Aktiviti Terkini | 23 April 2017

Tujuan program ini adalah untuk memupuk kesatuan dan kerjasama yang lebih erat antara Kolej Komuniti dengan agensi-agensi yang terdapat di Bandar Tenggara seperti Pusat Internet 1Malaysia... baca selanjutnya

Forum Khas Pengurusan Harta Pusaka Bersama Perkeso

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat melalui PERKESO... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
“Satu Kejiranan Erat Perpaduan”

Aktiviti Terkini | 8 April 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kepada ibu bapa dan orang awam tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan barang E-waste untuk pelupusan dengan cara yang betul... baca selanjutnya

Program Cerdas Minda dan Slot klik dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Tujuan program ini adalah untuk mengadakan hubungan baik di antara sekolah dengan agensi luar dan komuniti. Disamping meningkatkan keyakinan... baca selanjutnya

Kursus Umrah Kali ke-3

Aktiviti Terkini | 3 Mac 2017

Tujuan program ini adalah untuk membimbing masyarakat setempat tentang ilmu mengerjakan Umrah... baca selanjutnya

Program Together We Make A Change & Kuiz Teknologi Maklumat

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2017

Tujuan program ini adalah untuk membentuk sahsiah yang elok dalam kalangan pelajar-pelajar kelas belakang di samping menjalankan kuiz berdasarkan teknologi maklumat... baca selanjutnya

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda dan Penggunaan Gajet di Laman Sosial

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Tujuan program ini adalah untuk membimbing pelajar yang menjadi pemimpin muda sekolah untuk menjadi ketua yang baik... baca selanjutnya

Kursus Umrah Kali ke-3

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2017

Tujuan program ini adalah untuk membimbing masyarakat setempat tentang ilmu mengerjakan Umrah... baca selanjutnya

Program ICT Bersama Pelajar Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2017

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan asas komputer dan ICT kepada pelajar-pelajar Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) agar menjadi insan kelainan upaya yang celik ICT... baca selanjutnya

Program Usahawan Aset

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Tujuan program ini adalah untuk membimbing masyarakat setempat tentang ilmu menternak lebah kelulut dan bagaimana menggunakan hasil lebah untuk dipasarkan... baca selanjutnya

Sambutan Maulidurrasul 1438H

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2017

Bertujuan untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. peringkat Bandar Tenggara, Kota Tinggi... baca selanjutnya

Kursus Umrah

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2017

Tujuan program ini adalah untuk membimbing masyarakat setempat tentang ilmu mengerjakan Umrah... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Sayong ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Sayong seperti kelas komputer dan sebagainya...

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya