Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Tenggara adalah sebuah petempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor, Malaysia. Bandar Tenggara terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi, dan Bandar Kluang.
Bandar Tenggara mula diwujudkan sekitar tahun 1972 dengan penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah rumah. Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara(KEJORA) Bandar Tenggara.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Program Bersama Komuniti Jemputan Dari Pusat Internet Kg. Semangar Kota Tinggi
Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018Penglibatan daripada komuniti yang tinggal berdekatan di kawasan Kampung Semangar Kota Tinggi. Melibatkan juga dari beberapa staf Pusat Internet berhampiran... baca selanjutnya
Program Advorkasi Klik Dengan Bijak Bersama Kluster Kota Tinggi
Aktiviti Terkini | 8 November 2018Untuk meningkatkan keyakinan diri murid- murid untuk menempuhi alam di peringkat sekolah menengah, dapat meningkatkan tahap komunikasi kepada semua murid... baca selanjutnya
Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Promosi Digi
Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2018Program ini bertujuan mempromosikan PI disamping mendedahkan peluang-peluang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI untuk manfaat... baca selanjutnya
Mini Karnival Sayangi Malaysiaku
Aktiviti Terkini | 15 September 2018Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya
Kem Mahabbah Di SK. (F). Pengeli Timur
Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2018Dapat meningkatkan semangat motivasi dan kerjasama antara mereka dan gaya berfikir akan potensi diri... baca selanjutnya
Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Program Kepimpinan Khalifah Genius
Aktiviti Terkini | 12 Julai 2018Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Di samping itu para pelajar dapat meningkatkan keyakinan daripada diri mereka. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah disampaikan... baca selanjutnya
Gotong Royong Hari Raya
Aktiviti Terkini | 1 Jun 2018Gotong- royong perdana ini diadakan untuk meningkatkan hubungan antara komuniti dan masyarakat setempat. Program ini melibatkan dari murid- murid daripada ahli di Pusat Internet Taman Sayong Pinang... baca selanjutnya
Program Pemberian Simkad Digi Percuma Myagro
Aktiviti Terkini | 23 - 31 Mei 2018Projek ini adalah di bawah Kementerian Asas Tani Bersama MARDI dan DIGI Telekomunikasi yang ingin membantu dan memberi pendedahan dalam menggunakan aplikasi MyAgro Apps di semua rangkaian telefon pintar... baca selanjutnya
Program “ Klik Dengan Bijak” 2018
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2018Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil, Kluang. Program ini juga dijalankan adalah untuk memberikan semangat dan mendalami makna yang tersurat dan tersirat dalam... baca selanjutnya
PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 16 April 2018Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya
Kelas ICT 3D(Sek. Keb. F Pengeli Timur)
Aktiviti Terkini | 15 Mac 2018Mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat(pelajar), sebagai pendidik (PI1M), ada baiknya kita mengambil kesempatan dalam mengguna pakai teknologi ini untuk menarik minat pelajar, belajar di dalam kelas... baca selanjutnya
Bengkel Pop Up Art Card 3D(Kreatif)
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018Biasanya popup card atau juga disebut dengan kad ucapan pop up ini selalu dijadikan alternatif untuk dijadikan sebagai kad ucapan untuk diberikan terhadap seseorang... baca selanjutnya
Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro
Aktiviti Terkini | 5 Februari 2018Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya
Bengkel ICT 3D Kreatif(Quiver)
Aktiviti Terkini | 3 Februari 2018Bayangkan jika di kelas, selepas pelajar mewarna , watak yang diwarnanya itu hidup. Menarik bukan? Pelajar akan seronok dan menjadi lebih teruja mewarna dan belajar berkaitan topik-topik lain. Tugas guru pi1m menjadi lebih mudah, kerana mereka hanya perlu membimbing sahaja pelajar membuat ekplorasi... baca selanjutnya
Kursus Asas Komputer( Paint & Word )
Aktiviti Terkini | 23 - 24 Januari 2018Dapat belajar asas menggunakan software paint untuk melukis dan mewarna... baca selanjutnya
Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)
Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya