Bengkel E - Usahawan

4 - 6 Disember 2017 | Isnin - Rabu
9.00 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang, Johor

Tujuan:
Objektif jangka panjang program eusahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Kelebihan:
Para peserta akan didedahkan dengan teknik pemasaran digital yang merangkumi :
- Asas perniagaan.
- Teknik pemasaran melalui media sosial seperti facebook dan instagram.
- Teknik pemasaran melalui enjin carian seperti google.
- Teknik “close sales” melalui whatsapp.
- Teknik membina website asas dan pemasaran melalui website.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan aktiviti:
Program Bengkel E-Usahawan.

Aktiviti Berkaitan:
Apa itu Program Eusahawan? Program eusahawan yang diterajui oleh Yab Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 november 2015 tahun lalu. Program Eusahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi program eusahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eusahawan merupakan salah satu inisiatif mdec untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eusahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :







Kembali ke halaman utama