Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Tenggara adalah sebuah petempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor, Malaysia. Bandar Tenggara terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi, dan Bandar Kluang.
Bandar Tenggara mula diwujudkan sekitar tahun 1972 dengan penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah rumah. Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara(KEJORA) Bandar Tenggara.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM CERAMAH MOTIVASI CINTA, KASIH DAN SAYANG: NILAI-NILAI KEKELUARGAAN
Aktiviti Terkini | 8 Disember 2022Memberi kesedaran yang baik kepada institusi kekeluargaan disamping dapat menyumbang kearah keharmonian dalam keluarga.........baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & ASAS FOTOGRAFI
Aktiviti Terkini | 8 November 2022Memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya jika tidak berkongsi maklumat di laman sosial........baca selanjutnya
KARNIVAL STEM 2022, SK. LADANG TUN DR. ISMAIL.
Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2022Menarik minat pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru dengan menggunakan microbit........baca selanjutnya
BENGKEL PENGATURCARAAN MICROBIT
Aktiviti Terkini | 12, 19, 26 September 2022Menarik minat pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru menggunakan microbit.......baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2022
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2022Tujuan utama adalah untuk meningkatkan perasaan cinta akan negara terhadap pengorbanan perjuang kemerdekaan.........baca selanjutnya
PROGRAM KORBAN PERDANA DUN PANTI TAHUN 2022
Aktiviti Terkini | 11 Julai 2022Tujian utama dan yang terpenting dalam kurban adalah membukti rasa syukur.........baca selanjutnya
KURSUS ASAS GOOGLE SKETCHUP
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2022Dapat meningkatkan tahap penggunaan google sketchup dalam kalangan pelajar.........baca selanjutnya
TUTORIAL MENGGUNAKAN APLIKASI WIZERME
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022Aplikasi ini dihasilkan bagi memudahkan guru-guru disamping menjadikan pembelajaran sesuatu perkara ini lebih menyeronokan........baca selanjutnya
PROGRAM YASSIN PERDANA SEMPERNA MENYAMBUT RAMADAN
Aktiviti Terkini | 1 April 2022Program ini bertujuan untuk bersama-sama penduduk setempat bagi membuat bacaan Yassin semperna menyambut Ramadan yang bakal tiba. Sekali gus dapat mengeratkan silaturahim sesama insan.......baca selanjutnya
LIVE: TOPIK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI RUMAH (PDPR)
Aktiviti Terkini | 24 Mac 2022Membuka mata ibubapa tentang kebaikan dan keburukan PdPR sekaligus dapat memberikan peranan yang penting kepada ibubapa untuk bersama-sama turut serta belajar dengan pelajar......baca selanjutnya
PROGRAM e-REZEKI RANGERS
Aktiviti Terkini | 20-22 Februari 2022Memberikan tunjuk ajar kepada komuniti dan peserta yang hadir berkenaan pengetahuan yang boleh didapati dalam e-Rezeki disamping dapat menjana pendapatan melalui platfom online........baca selanjutnya
TUTORIAL MEMBUAT KAD UNDANGAN DIGITAL
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022Memberikan tunjuk ajar kepada komuniti dan khalayak penonton berkenaan pengetahuan yang boleh didapati daripada laman sesawang canva.com..........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya