PROGRAM MEMBUAT BISKUT RAYA BERSAMA USAHAWAN PEDi
Aktiviti terkini | 7 April 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Sumber KEMAS Bandar Tenggara.
Nama VIP :
Ketua UMNO Bahagian Tenggara
Ybhg. Dato’ Sri Dr Hj Adham bin Baba
Ringkasan Aktiviti :
Pihak PEDi telah dihubungi oleh pejabat Ahli Parlimen Tenggara melalui Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara untuk menaja program melibatkan komuniti Wanita sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang iaitu Program membuat Biskut dan Kek Raya.
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
• Menjalin kerjasama bersama agensi luar
• Memperkenalkan lagi PEDi kepada masyarakat melalui program kolaborasi
• Membantu usahawan-usahawan produk makanan mempelbagaikan lagi variasi jualan mereka.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
• Program dimulakan pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
• Dimulakan dengan membuat kek dan siikuti dengan membuat dua (2) jenis biskut.
Kelebihan Aktiviti :
• Boleh meningkatkan kemahiran membuat kek dan biskut.
• Meningkatkan jualan dan pasaran di luar negara.
• Memperkenalkan usahawan PEDi dikhalayak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :