PROGRAM ” MEJA BANTUAN @ HELPDESK” PENEMPATAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI BAGI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STPM.
Aktiviti terkini | 10 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Pejabat Ahli Parlimen Tenggara.
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan bagi membuka peluang para pelajar lepasan SPM dan STPM untuk memohon jurusan pembelajaran apa yang sesuai dengan keputusan yang diterima.
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
1. Memastikan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM mendapat bantuan dan bimbingan daripada guru kaunseling yang berpengalaman.
2. Membuka mata pelajar dan memberi laluan penempatan Universiti yang sesuai berpandukan keputusan yang diterima.
3. Mempromosikan PEDi kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan melalui hebahan brosher.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang.
Dimulakan taklimat ringkas daripada guru kaunseling berpengalaman dan diakhiri dengan permohonan UPU online.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan perkhidmatan penempatan kerjaya kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM.
• Pelajar tidak terlepas permohonan kemasukan UPU dan mendapat bimbingan kaunseling yang mahir dalam pemilihan Universiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :