Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Tenggara adalah sebuah petempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor, Malaysia. Bandar Tenggara terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi, dan Bandar Kluang.
Bandar Tenggara mula diwujudkan sekitar tahun 1972 dengan penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah rumah. Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara(KEJORA) Bandar Tenggara.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
Aktiviti Terkini | 29 September 2024NADI telah menyasarkan 5 teras utama yang melibatkan Kesejahteraan Kendiri...........................baca selanjutnya
BASIC ICT: MICROSOFT WORD (TABLE)
Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2024Tujuan kelas ini diadakan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam penggunaan Microsoft Word. .........................baca selanjutnya
BASIC ICT: KAHOOT.COM
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2024Tujuan kelas ini diadakan bagi meningkatkan tahap penggunaan aplikasi kahoot disamping menjadikan pelajar lebih minat dalam bidang IT. ........................baca selanjutnya
BASIC ICT: CANVA.COM
Aktiviti Terkini | 7 Jun 2024Tujuan kelas ini diadakan bagi meningkatkan tahap penggunaan aplikasi canva disamping menjadikan pelajar lebih minat dalam bidang IT........................baca selanjutnya
STEM-IOT: KURSUS ASAS SKETCHUP
Aktiviti Terkini | 24 Mei 2024Membantu pelajar-pelajar jurusan Reka Cipta SMK. Bandar Tenggara menyiapkan projek akhir tahun menggunakan perisian sketchup......................baca selanjutnya
BASIC ICT: CANVA.COM
Aktiviti Terkini | 5 April 2024Tujuan kelas ini diadakan bagi meningkatkan tahap penggunaan aplikasi canva......................baca selanjutnya
BASIC ICT: CANVA.COM
Aktiviti Terkini | 13 Mac 2024Tujuan kelas ini diadakan bagi meningkatkan tahap kretiviti pelajar dalam penyuntingan poster dalam bulan Ramadan.....................baca selanjutnya
BENGKEL KHEMAH BAHASA MELAYU (AYAT MAJMUK)
Aktiviti Terkini | 9 Februari 2024Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru....................baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)..................baca selanjutnya
PEMBUKAAN KAUNTER PADU
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2024Tujuan program dijalankan adalah untuk membantu komuniti setempat mendaftar PADU seperti saranan pihak kerajaan...................baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya