TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 23 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Felda Pengeli Timur

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Sayong Pinang dengan kolaborasi PEDi Kampung Sri Lukut dan PEDi Taman Ilham menjalankan taklimat S.A.F.E Internet bersama murid-murid SK. Felda Pengeli Timur.

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
• Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Dalam Kalangan Pelajar ketika menggunakan Internet Supaya Beretika Dan Prihatin Terhadap Pengguna Yang Lain
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat KDB, Kuiz ICT, dan aktiviti dalam kumpulan.
• Program di jalankan di Sekolah Kebangsaan Felda Pengeli Timur, dijalankan sebanyak 2 sesi.
• Sesi pertama: 9.00 – 10.30 pagi : Pelajar Tahap 2 (276 orang)
• Sesi kedua: 10.30 pagi – 12.00 tengahari: Pelajar Tahap 1 (195 orang)

Kelebihan Aktiviti :
• Mendidik murid-murid tentang keselamatan internet melalui program S.A.F.E. Internet yang diperkenalkan oleh pihak CelcomDigi.
• Memupuk ketajaman motor skil murid dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
• Mengeratkan jalinan kolaborasi antara PEDi dengan pihak luar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :