MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH KULAI 2023
Aktiviti terkini | 10 Oktober 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Tebuka Pinang Merah. (Berhadapan dengan PEDi Taman Sayong Pinang)
Nama VIP :
• Puan Nurzie binti Ibrahim, Pengarah Pembangunan MCMC Negeri Johor.
• Ybhg, Dato’ Sri Dr. Hj Adham bin Baba, Ketua UMNO Bahagian Tenggara.
• Puan Noriza binti Haji Talib, Guru Besar SK. Felda Pengeli Timur.
Ringkasan Aktiviti :
Panitia Sejarah dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Taman Sayong Pinang telah mengadakan Pertandingan Video Kreatif Kemerdekaan Peringkat Daerah Kulai bagi memberi peluang dan ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat dalam bidang lakonan dan dunia digital amnya, dalam memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri.
Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
• Tujuan program dijalankan adalah meningkatkan tahap patriotik dalam diri murid-murid tentang sejarah Malaysia.
• Selain itu, dapat membantu perkembangan diri dan sahsiah murid supaya berfungsi sebagai individu yang seimbang bermatlamat, berfikiran kreatif, celik digital serta mampu memupuk potensi dan kebolehan murid ke tahap maksimum dalam membina sikap yakin dengan kebolehan diri.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
• Pendaftaran dijalankan sekitar jam 9.00 pagi sehingga jam 10:00 pagi.
• Diteruskan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dengan tajuk terlebih kongsi.
• Ucapan perasmi dan disertakan majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid.
• Majlis jamuan VIP dan tamat pada jam sekitar 1:00 petang.
Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan semangat dan perkembangan diri dan sahsiah murid supaya berfungsi sebagai individu yang bermatlamat tinggi seiiring dengan era pendigitalan di negara ini.
• Mempromosikan PEDi kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan menjadikan rakan kolaborasi strategik kepada pihak sekolah di daerah Kulai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :