KURSUS ASAS SKETCHUP

Aktiviti terkini | 21 & 22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Sayong Pinang.

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Kursus ini dijalankan di PEDi Taman Sayong Pinang dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Penawar dan disertai oleh pelajar-pelajar SPM SMK Bandar Tenggara. Pengisian yang terdapat dalam kursus ini adalah mempelajari Asas Sketchup untuk dihasilkan dalam kerja kursus dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:

• Memastikan para pelajar dapat menguasai asas sketchup.
• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang STEM dan reka cipta.
• Menghasilkan produk 3D yang terbaik dalam sketchup.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :

Pensyarah membeli taklimat awal tentang asas sketchup dan pelajar disertakan dengan produk untuk menghasilkan produk menggunakan 3D design sehingga selesai.


Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan pelajar yang mahir menggunakan Asas Sketchup.
• Boleh dipraktikan di peringkat Universiti dan juga alam pekerjaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :