PROGRAM JOM MASUK U DUN PANTI 2023

Aktiviti terkini | 17 & 18 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Kejora Bandar Tenggara

Nama VIP :
YB Manndzri Hj Nasab, Ahli Parlimen Tenggara.
YB Hahasrin bin Hashim, Adun Panti.

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Sayong Pinang telah bersama-sama dalam Program Jom Masuk U DUN Panti tahun 2023 yang telah dianjurkan oleh Pejabat DUN Panti. Sebanyak 20 Agensi yang terlibat dalam program tersebut.

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar khususnya bagi lepasan STPM/STAM/SPM untuk melihat hala tuju pelajar bagi menyambung pelajaran.
2. Dapat membantu para pelajar menentukan universiti mana yang lebih sesuai dengan minat yang pelajar ceburi.
3. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menyambung pelajaran.
4. Mempromosikan PEDi di khalayak ramai.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
1. Pameran daripada pelbagai agensi yang terlibat.
2. Sesi soal jawab dan penerangan dari setiap agensi.
3. Sesi pendaftaran UPU Online dan SSPN-i/ PTPTN.

Kelebihan Aktiviti :
• Boleh mendapatkan peluang terperinci mengenai pelbagai Universiti yang ada.
• Memudahkan pelajar membuat permohonan melalui laman sesawang UPU ONLINE.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :