KARNIVAL STEM 2022, SK. LADANG TUN DR. ISMAIL.

Aktiviti terkini |2 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka SK. Ladang Tun Dr. Ismail

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Taman Sayong Pinang telah dijemput oleh pihak sekolah bagi memperkenalkan Pengaturcaraan Microbit kepada pelajar-pelajar disekolah tersebut. Disamping dapat memperkenalkan lagi PEDi perkhidmatan yang disediakan di PEDi pada pelajar dan guru-guru.

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
• Menarik minat pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru menggunakan microbit.
• Mencungkil bakat baru dan kreativiti pelajar-pelajar dalam bidang Sains, Inovasi dan Teknologi.
• Memperkenalkan PEDi pada komuniti disamping dapat mengeratkan silaturahim kepada sesama umat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
1. Pameran booth dan Pengenalan PEDi.
2. Tayangan gimik tentang Pengaturcaan Microbit.
3. Aktiviti menjawab kuiz, menghasilkan microbit menggunakan makecode.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah ilmu pembelajaran tentang pengaturcaraan microbit.
• Menjadikan murid-murid lebih fokus untuk membuat aturcara dalam website tersedia.
• Meningkatkan tahap kreativiti pelajar dan mencungkil minat baru dalam teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :