PROGRAM e-REZEKI RANGERS

Aktiviti terkini | 20-22 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page PEDi Taman Sayong Pinang

Ringkasan Aktiviti :
Program e-Rezeki merupakan salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu tu akan buat kerja secara digital untuk mendapatkan pendapatan.


Tujuan :
• Memberikan tunjuk ajar kepada komuniti dan peserta yang hadir berkenaan pengetahuan yang boleh didapati dalam e-Rezeki disamping dapat menjana pendapatan melalui platfom online.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat mengenai e-Rezeki diberikan kepada peserta-peserta yang terlibat.
• Peserta dikehendaki mendaftar e-Rezeki dengan bantuan staff PEDi Taman Sayong Pinang.


Kelebihan Aktiviti :
• Program ini diadakan bagi meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan rakyat.
• Program ini juga dapat diasingkan mengikut kemahiran yang ada pada peserta dan pihak syarikat yang terlibat akan memberikan bayaran mengikut sesuatu kerja.
• Program ini dapat membuka mata rakyat bahawa dengan menggunakan platform online juga boleh menjana pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :