PROGRAM CERAMAH MOTIVASI CINTA, KASIH DAN SAYANG: NILAI-NILAI KEKELUARGAAN

Aktiviti terkini | 8 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka Jalan Pinang Merah. (Berhadapan PEDi Taman Sayong Pinang)

Nama VIP :
• YB Hahasrin bin Hashim – ADUN Bahagian Tenggara.
• YB Shidah binti Ismail – ADUN Bahagian Pasir Raja.
• Dato’ Sri Dr. Hj Adham bin Baba – Ketua UMNO Bahagian Tenggara.

Ringkasan Aktiviti :
Program Ceramah Motivasi disampaikan oleh Ustaz Syamsul bin Debat dengan tajuk Cinta, Kasih dan Sayang: Nilai-Nilai Kekeluargaan. Dianggarkan seramai 500 orang penduduk di sekitar Bandar Tenggara telah menghadiri Program Ceramah Motivasi ini.

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
1. Memberi kesedaran yang baik kepada institusi kekeluargaan disamping dapat menyumbang kearah keharmonian dalam keluarga.
2. Membantu meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya ibubapa dalam berkomunikasi bersama anak-anak.
3. Menghindari daripada masalah sosial dalam kalangan keluarga.
4. Mempromosikan PEDi di khalayak ramai.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Terdapat aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti :
1. Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul bin Debat.
2. Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah.
3. Jamuan Ringkas.
4. Bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Menyedarkan masyarakat tentang pentingkan keharmonian dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
• Menjadikan kehidupan lebih baik dan berkualiti.
• Menghindarkan diri daripada terjebak dalam kegiatan jenayah.
• Meningkatkan rasa cinta, kasih dan sayang dalam kekeluargaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :