YB Hahasrin bin Hashim (Adun Panti N34)

Aktiviti terkini | 1 April 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page PEDi Taman Sayong Pinang

Nama VIP :
YB Hahasrin bin Hashim (ADUN Panti N34)

Ringkasan Aktiviti :
Program Yassin Perdana ini melibatkan penduduk di sekitar Taman Sayong Pinang bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk bersama-sama penduduk setempat bagi membuat bacaan Yassin semperna menyambut Ramadan yang bakal tiba. Sekali gus dapat mengeratkan silaturahim sesama insan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Program dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah dan disertakan dengan bacaan Yassin. Diakhir program telah disediakan sedikit juadah. Sedikit ucapan daripada VVIP dimana dalam ucapannya berkata “dengan pembukaan sempatan, sudah pasti Ramadan pada kali ini disambut dengan penuh meriah dan kesyukuran”.

Kelebihan Aktiviti :
Sentiasa memperingati Pencipta dan membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :