SESI LIVE BACAAN YAASIN DAN DOA HINDARI WABAK PIK DIGI NEGERI JOHOR.

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Sayong Pinang.

Ringkasan Aktiviti :
• Majlis Bacaan yaasin dan Doa hindari Wabak daripada semua petugas Pusat Internet Komuniti seliaan Digi Telecommunication Negeri Johor.


Tujuan :
• Majlis bacaan Yaasin dan Doa Hindari Wabak ini dijalankan untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah S.W.T kepada semua staff PIK negeri Johor Khususnya, dan semua rakyat Malaysia amnya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula dengan kehadiran staff PIK seliaan Digi negeri Johor melalui aplikasi Google Meet.
• Bacaan Yaasin dan doa Hindari Wabak diketuai oleh Imam Satu Surau An-Nur Taman Sayong Pinang, Tuan Haji Wahid bin Rosman, diiringi Tuan Imam Dua, Tuan Haji Meskon bin Sairin, serta Pengerusi PIK Taman Sayong Pinang, Tuan Haji Arbain bin Haji Ali.
• Bacaan Yaasin dan Doa Hindari Wabak dikhususkan buat semua petugas Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia, semua petugas Creative Century Management Sdn. Bhd., warga MCMC, dan seluruh rakyat Malaysia.


Kelebihan Aktiviti :
• Menyatukan semua petugas PIK seliaan Digi negeri Johor di bawah satu program secara maya.
• Mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia agar terhindar daripada wabak, dan mendoakan semua yang dijangkiti agar cepat sembuh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :