VIDEO TIPS MENAIP DENGAN PANTAS.

Aktiviti terkini | 3 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Sayong Pinang.

Tujuan :
• Salah satu cara untuk anda membiasakan diri dengan menaip cepat adalah menaip secara perlahan-lahan sambil mengingati sedikit demi sedikit tentang kedudukan perkataan di papan kekunci (keyboard).
• Atau, anda boleh menaip sebarang esei pendek sama ada bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu atau apa sahaja jenis bahasa yang mudah difahami oleh anda bagi melatih saraf motor anda mengingati lokasi perkataan di paparan kekunci.
• Selepas beberapa minggu, anda pasti dapat menaip dengan cepat dan tepat jika latihan dilakukan secara konsisten.


Kelebihan Aktiviti :
• memiliki kemahiran ini membolehkan anda menjimat masa anda sama ada untuk menyiapkan dokumen atau menghantar email atau menyiapkan tugasan.
• membolehkan anda menjadi seorang yang aktif dan produktif dalam melakukan suatu pekerjaan. Jika anda mampu menaip dengan cepat, secara tidak langsung anda mampu melakukan kerja lebih pantas daripada biasa.
• menaip dengan cepat dan tepat juga mampu meningkatkan tahap fokus anda terhadap kesalahan yang dilakukan pada struktur ayat ketika anda menaipnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :