LIVE SECARA LANGSUNG DI PAGE PUSAT INTERNET TAMAN SAYONG PINANG BERSAMA USAHAWAN INDUSTRI CENDAWAN MALAYSIA.

Aktiviti terkini | 4 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Sayong Pinang.

Tujuan :
• Tanaman cendawan dilihat mempunyai potensi pasaran yang sangat baik kerana stok cendawan segar yang ada di pasaran kini masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan.
• Oleh itu, pengeluaran cendawan segar daripada pengusaha tempatan perlu dipertingkatkan lagi untuk mengurangkan kadar import negara.
• Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek dilihat bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import negara, tetapi juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang mengusahakannya.


Kelebihan Aktiviti :
• Industri tanaman cendawan mempunyai prospek yang cerah kerana pengeluaran cendawan dalam negara hanya 16% sahaja manakala bagi memenuhi keperluan sebenar cendawan dalam negara sebanyak 84% lagi adalah diimport dari luar negara.
• Industri ini dilihat sebagai industri yang sangat berpotensi tinggi untuk diceburi khususnya oleh golongan belia kerana permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran tempatan sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk serta penggunaan per kapita yang semakin meningkat (anggaran 2.4 kg/orang pada tahun 2020).
• Pengeluaran cendawan yang berkualiti tinggi juga perlu diberi perhatian. Antara jenis-jenis cendawan yang sering diusahakan oleh pengusaha tempatan adalah Tiram Kelabu/Putih, Telinga Kera/Jeli Hitam, Shitake, dan Butang Putih/Perang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :