Bengkel ICT 3D Kreatif(Quiver)

3 Februari 2018 | Sabtu
9.00 pagi – 11.30 pagi | Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang, Johor

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan antara PI1M dengan komuniti setempat(pelajar).
• Sebagai pendidik ( PI1M ) , ada baiknya kita mengambil kesempatan dalam mengguna pakai teknologi ini untuk menarik minat pelajar, belajar di dalam kelas.
• Bayangkan jika di kelas, selepas pelajar mewarna , watak yang diwarnanya itu hidup. Menarik bukan? Pelajar akan seronok dan menjadi lebih teruja mewarna dan belajar berkaitan topik-topik lain. Tugas guru pi1m menjadi lebih mudah, kerana mereka hanya perlu membimbing sahaja pelajar membuat ekplorasi.
• Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi 3D ini memerlukan kemahiran memuat turun dan memasang aplikasi tertentu ke dalam komputer tablet atau komputer tangan mereka.

Kelebihan:
• Semoga apa yang PI1M kongsikan pada kali ini memberi manfaat kepada pelajar. Jadikan pembelajaran pelajar didik kita lebih menarik dan bermanfaat.
• Ini dapat membantu menerangkan sesuatu ilmu dan tajuk pembelajaran dengan lebih menarik.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan aktiviti:
Aplikasi Quivervision memberikan pengalaman yang benar-benar ajaib yang dinikmati oleh pelajar. Aplikasi utama dipanggil "Quiver" dan boleh didapati di android.

Aktiviti Berkaitan:
Peserta di wajibkan membawa pensil warna sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :





Kembali ke halaman utama