Program Bersama Komuniti Jemputan Dari Pusat Internet Kg. Semangar Kota Tinggi

15 Disember 2018 | Sabtu
8.00 pagi – 1.00 tengahari | Pusat Internet Kampung Semangar, Kota Tinggi, Johor

Tujuan:
1. Merapatkan jurang antara penduduk setempat dan staf daripada pelbagai agensi yang terlibat.
2. Dapat beramah mesra serta saling kenal mengenali antara satu sama lain.
3. Dapat meningkatkan tahap pengetahuan dalam pelbagai bidang memandangkan banyak agensi2 GO dan NGO yang terlibat dalam program tersebut.
4. Meningkatkan tahap cinta akan negara melalui aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut.
5. Dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mahupun orang ramai bahawa terdapat kebaikan dan juga keburukan dalam menggunakan internet dan jalur lebar.

Kelebihan:
Dalam program ini, kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai kelebihan seperti komuniti dapat diberikan pendedahan dalam talk atau talimat yang disampaikan oleh pihak- pihak yang berkaitan seperti Penipuan Online Banking dan Tips Keselamatan Pengguna Online. Selain itu, untuk para pelajar mereka disajikan dengan pelbagai pertandingan. Dari situ, mereka dapat mencungkil bakat dan belajar cara untuk meningkatkan keyakinan diri apabila berada di atas pentas.

Penglibatan:
Para peserta.

Aktiviti Berkaitan:
Penglibatan daripada komuniti yang tinggal berdekatan di kawasan Kampung Semangar Kota Tinggi. Melibatkan juga dari beberapa staf Pusat Internet berhampiran dan Pusat Internet Kluster untuk memeriahkan program tersebut.

Perlaksanaan aktiviti:
• Senamrobik.
• Pameran Jualan daripada Usahawan setempat.
• Pertandingan Gubahan Tuala.
• Pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Mewarna, rebut kerusi, danpelbagai lagi.
• Penyampaian Hadiah.
• Bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama