PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

16 April 2018 | Isnin
9.00 pagi – 2.00 petang | Sekolah Kebangsaan Morni Pok, Johor

Tujuan:
Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Kelebihan:
1) Melahirkan pengguna yang celik IT terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2) Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3) Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4) Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
5) Membina hubungan kerjasama antara PI1M dengan badan-badan swasta, kerajaan serta komuniti setempat.

Penglibatan:
Pengunjung Program.

Nama VIP:
YB Hj. Zaini Bin Abu Bakar (ADUN Nusajaya)

Nama Tetamu daripada VIP:
1. En. Rosli Bin Jamiran(Guru Besar SK Morni Pok).
2. En. Abu Bakar Bin Abd Rashed (Pengerusi JKKK Kampung Pok).
3. En. Muhammad Khairulizzat Bin Abu Bakar (Pengurus Mini RTC Pok).
4. En Jefri Bin Omar (Pengerusi KEMAS Gelang Patah).
5. Hj. Nasarudin Bin Hj. Muhd Salleh (Pengerusi PIBG SK Morni Pok).
6. En. Sawaludin (Pengerusi Persatuan Belia Jaya Pok).
7. Abd Rahman Bin Abd Ghani (Wakil KRT).
8. Sarjan Nasarudin Bin Md. Yusof (Wakil Balai Polis Mukim Tanjung Kupang).

Perlaksanaan aktiviti:
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah Taklimat Keselamatan Internet (Klik Dengan Bijak) & E-Waste oleh CMCF, Demonstrasi Bomba, Explorace ICT, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sukaneka dan Cabutan Bertuah. Program ini turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran-pameran keselamatan internet, kerjaya dan pendidikan.

Aktiviti Sokongan:
Pameran dari agensi-agensi swasta & kerajaan, pertandingan mewarna, sukaneka, explorace & cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama