Program Cerdas Minda dan Slot klik dengan Bijak

26 Mac 2017 | Ahad
8.00 pagi – 3.00 petang | Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Sibol

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk mengadakan hubungan baik di Antara sekolah dengan agensi luar dan komuniti. Disamping meningkatkan keyakinan yang tinggi dalam membuat keputusan, daya focus, dan melahirkan murid-murid yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan motivasi diri dan aspirasi untuk menjadi murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat, melahirkan murid-murid celik IT serta berjiwa tenang, dapat berfikir dengan rasional dari segi emosi dan spiritual.

Aktiviti Berkaitan:
Program Cerdas Minda Anjuran Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Sibol bersama Pusat Internet 1 Malaysia Taman Sayong Pinang, Pusat Internet Desa Bandar Tenggara, dan KEMAS Parlimen Tenggara.
i. Slot e-learnig oleh PI1M Taman Sayong Pinang.
ii. Slot Salam Kasih oleh KEMAS Parlimen Tenggara.
iii. Slot Motivasi dan senaman otak tengah oleh Dr. (em) Zaleha Matni.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK LKTP Felda Sungai Sibol ini sebagai wadah untuk mendidik pelajar UPSR 2017 yang celik IT serta mengajar murid-murid agar mudah menumpukan pelajaran berdasarkan program motivasi yang dijalankan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama