Program Usahawan Aset

21 Januari 2017 | Sabtu
8.00 pagi – 3.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk membimbing masyarakat setempat tentang ilmu menternak lebah kelulut dan bagaimana menggunakan hasil lebah untuk dipasarkan.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah untuk memberi ilmu yang lebih mendalam kepada peserta tentang ternakan lebah kelulut kerana ada segelintir peserta telah menternak sendiri lebah kelulut, namun tidak tahu cara ternakan yang sebenar.

Aktiviti Berkaitan:
Pegawai Nova Babylon Sdn. Bhd. menyampaikan taklimat berkaitan penjagaan sebenar lebah kelulut dan produk-produk yang Nova Babylon telah pasarkan.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pegawai daripada syarikat ternakan kelulut terbesar di Malaysia, Nova Babylon Sdn. Bhd. ingin membantu dan mendidik usahawan-usahawan PI1M tentang cara sebenar menternak lebah kelulut kerana terdapat ramai penternak kelulut di Bandar Tenggara yang hanya membeli sarang lebah kelulut, namun tidak tahu tatacara sebenar mengendalikannya.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama