Sambutan Maulidurrasul 1438H

19 Januari 2017 | Khamis
8.00 pagi – 3.00 petang | Masjid Al-Husna Bandar Tenggara

Tujuan:
Bertujuan untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. peringkat Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Kelebihan:
Majlis-majlis agama seperti ini merapatkan silaturrahim antara penduduk setempat kerana aktiviti seperti mengemas dan memasak dilakukan secara bergotong-royong. Pihak PI1M juga dilantik sebagai salah satu badan yang menjadi ahli jawatankuasa gotong-royong.

Aktiviti Berkaitan:
Majlis Sambutan Maulidurrasul 1438H peringkat Daerah Kota Tinggi, Masjid Al-Husna Bandar Tenggara telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Disamping majlis sambutan Maulid pada sebelah malam, sebelah pagi sehingga petang telah berlangsung acara perujian Membaca Al-Qur’an kali ke-61 peringkat Daerah Kota Tinggi dan majlis perujian Berzanji.

Nama VIP:
1). Tuan Haji Suhaimi Bin Rebu - Kadi Daerah Kota Tinggi
2). Tuan Haji Mohd. Norazam Bin Dato’ Haji Osman - (Pegawai Daerah Kota Tinggi)
3). Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Penceramah) - Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

Perlaksanaan Aktiviti:
i. Majlis Perujian Bacaan Al-Qur’an diadakan pada waktu pagi sekitar jam 8.30 pagi.
ii. Majlis Bacaan Berzanji diadakan pada sebelah petang sekitar jam 2.00 petang.
iii. Ceramah Maulid disampaikan pada sebelah malam selepas Majlis Perasmian Perujian Al-Qur’an dan berzanji peringkat daerah Kota Tinggi.
iv. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Tilawah Al-Qur’an dan Berzanji.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:











Kembali ke halaman utama