Program Together We Make A Change & Kuiz Teknologi Maklumat

23 Februari 2017 | Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang | Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk membentuk sahsiah yang elok dalam kalangan pelajar-pelajar kelas belakang di samping menjalankan kuiz berdasarkan teknologi maklumat.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah untuk menaikkan tahap motivasi kepada pelajar kelas penghujung agar tidak patah semangat dan terus bersaing dengan pelajar kelas hadapan. Hal ini demikian supaya mereka juga dapat keyakinan bahawa mereka juga boleh menjadi pelajar cemerlang sama seperti pelajar yang dianggap lebih pintar daripada mereka sekaligus melupuskan stereotaip bahawa pelajar kelas hujung merupaka pelajar kurang pintar.

Aktiviti Berkaitan:
Program ini merupakan program anjuran bersama Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara (1), Pi1M Taman Sayong Pinang, dan syarikat kursus motivasi (Smart Q). Program bermula dengan slot motivasi dan diselitkan dengan kuiz teknologi maklumat di pertengahan program sebagai selingan.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program anjuran bersama Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang dan Smart Q ini adalah untuk menarik kembali minat para pelajar agar lebih bersemangat untuk belajar sehingga Berjaya menjadi pelajar cemerlang kelak.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama