Program ICT Bersama Pelajar Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)

7 Februari 2017 | Sabtu
8.00 pagi – 1.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan asas komputer dan ICT kepada pelajar-pelajar Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) agar menjadi insan kelainan upaya yang celik ICT.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah untuk memberi pendedahan yang sama kepada pelajar PDK tentang asas menggunakan computer, ICT, dan asas Microsoft office (Word dan Paint). Pembelajaran Microsoft Word adalah untuk mengajar mereka cara menaip menggunakan computer, manakala pembelajaran menggunakan Microsoft Paint adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang cara melukis menggunakan computer.

Aktiviti Berkaitan:
Program ICT bersama pelajar Pemulihan dalam Komuniti(PDK) bertujuan untuk merapatkan jurang Kemahiran ICT antara pelajar biasa denga pelajar kelainan upaya. Program ini akan dijadikan sebagai program mingguan antara PDK dan Pi1M setiap hari Selasa bermula 7 Februari 2017.

Perlaksanaan Aktiviti:
Program anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia Taman Sayong Pinang dan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) bertujuan untuk memberi pendedahan teknologi maklumat kepada pelajar kelainan upaya yang berdaftar di PDK, sekaligus memahirkan mereka tentang kemodenan teknologi yang ada pada masa kini agar tidak terlalu ketinggalan berbanding pelajar lain.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama