Perasmian Penutup Hari Mesra Komuniti Bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara

23 April 2017 | Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang | Kolej Komuniti Bandar Tenggara

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk memupuk kesatuan dan kerjasama yang lebih erat antara Kolej Komuniti dengan agensi-agensi yang terdapat di Bandar Tenggara seperti Pusat Internet 1Malaysia.

Nama VIP:
Y.B. Dato’ Seri Dr. Haji Adham bin Baba

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah untuk menerapkan budaya saling sokong-menyokong antara semua agensi yang terdapat di Bandar Tenggara. Dengan adanya program-program kerjasama yang melibatkan semua agensi seperti ini, jaringan pengetahuan khususnya dalam bidang IT kepada masyarakat luar Bandar dapat dipertingkatkan lagi.

Aktiviti Berkaitan:
Hari Mesra Komuniti berlangsung selama seminggu dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.
i. Pertandingan membuat kek oleh pelajar kolej komuniti.
ii. Pertandingan asas solekan oleh pelajar kolej komuniti.
iii. Kursus asas Auto Cad yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang bersama pelajar-pelajar SMK. Bandar Tenggara yang mengambil jurusan Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta.

Perlaksanaan Aktiviti:
Pameran, Kursus, dan Majlis Mesra Komuniti Kolej Komuniti bersama masyarakat Bandar Tenggara.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama